Thursday, September 21, 2017

SALAM MAAL HIJRAH 1439

Salam Maal Hijrah kepada semua. Maal Hijrah adalah tahun sambutan yang diambil sempena Hijrahnya Rasulullah, junjungan besar kita, Nabi akhir zaman dari Mekah ke Madinah. Selama 13 tahun berdakwah mengembangkan Islam di Mekah, sambutannya agak hambar, maka Allah telah memerintahkan Rasulullah berhijrah ke Madinah. Setelah penghijrahan tersebut, dakwah yang berlaku di Madinah telah mendapat sambutan hebat dari penduduk Madinah hinggakan Islam berkembang dengan cepat. Dari Madinah, Islam tersebar dan Kota Madinah diangkat sebagai pusat pengembangan Islam, Bandar agama Islam.
Rumah Tamu Bajet Kuantan, bermula dari bulan April 2017. Lebih 5 bulan beroperasi semenjak dibuka, sedikit pengalaman menguruskan sebuah homestay @ Rumah Tamu makin bertambah.
Rumah Tamu Bajet Kuantan, sebuah homestay bajet yang agak 'simple; namun memenuhi keperluan pelanggan. Dengan harga yang sederhana, pelanggan dapat menikmati keperluan asas dan selesa semasa menghuni Rumah Tamu Bajet Kuantan. Dengan lokasinya yang terletak di tengah Kuantan iaitu Bandar Indera Mahkota, memudahkan pelanggan untuk ke destinasi tujuan. Indera Mahkota sendiri adalah bandar baru yang sedang membangun punyai daya tarikan tersendiri. 
Di Bandar Indera Mahkota ada Taman Bandar (kawasan rekreasi), Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah, Masjid Tengku Ampuan Afzan, Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Stadium Hoki, Kompleks Wisma Belia, Kuantan Medical Centre (KMC), Kuantan Sentral Terminal (TSK), Hospital IIUM dan lain - lain. Kemudahan bank, ATM, kedai makan, KFC, McDonald, Pejabat - pejabat Kerajaan seperti JPJ, Kastam, Jabatan Pendaftaran Negara, KDN. Universiti Islam (UIA), Kolej IKIP (kampus Indera Mahkota), Kolej Universiti Widad, Kolej Professional Mara, Kolej Komuniti Kuantan dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.
Kami percaya kehadiran Rumah Tamu Bajet Kuantan adalah amat sesuai dan dapat membantu para pelanggan yang mencari rumah tamu @ homestay yang lengkap dengan harga yang bajet.
Dengan kedatangan Tahun Hijrah 1439, moga Rumah Tamu Bajet Kuantan akan lebih memberi khidmat yang terbaik untuk pelanggan. Moga Rumah Tamu Bajet Kuantan, dapat menjadi punca sumber rezeki yang halal dan berkah kepada kami.
Salam Maal Hijrah untuk semua.
Keselesaan anda, Kepuasan kami.
Hubungi 019-9507423/ 010-8376449 untuk tempahan.

Tuesday, September 19, 2017

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

TV NJOI
Meja makan
Penyidai kain
Peti ais
Mesin Basuh
Rice Cooker
Cerek Elektrik
Sterika
Kelengkapan Dapur - dapur gas, Pinggan mangkuk, Kopi Gula percuma, Air mineral
Sabun Mandi, Sabun basuh percuma
Kawasan perumahan terkawal, 12.00 - 5 pagi.









Anda mendapat keselesaan, kepuasan kami memberi khidmat.
Hubungi 019-9507423 (Whatsapp)/ 010-8376449 untuk tempahan,

Wednesday, September 13, 2017

BILIK 2 DAN BILIK 3

Bilik 2 & 3, bilik yang berkongsi bilik air.
Tiap bilik disediakan katil saiz Queen.
Punyai kipas siling setiap bilik.

Ruang bilik yang selesa untuk semua.



Penginapan yang selesa, mewah tapi Bajet.
Hubungi, 0199507423@0108376449

Tuesday, September 12, 2017

BILIK UTAMA

Bilik Utama kami berkeluasan 22' X 15'. Ruang yang luas. Apa yang disediakan?
Katil Queen size,  katil bujang.
Ada Air Cond
Bilik air dilengkapi Water Heater





Hubungi 0199507423 @ 0108376449

Sunday, September 10, 2017

PERKONGSIAN SATU KELUARGA

Gambar ini dihantar oleh salah satu pelanggan di Rumah tamu Bajet Kuantan. Dapatkan penginapan percutian yang selesa.


Jangan lupa dapatkan tempahan segera. 0199507423/ 0108376449

Rumah Tamu Bajet beroperasi kembali

Salam semua, Lama tak update blog. Masalah Covid 19, sedar tak sedar memberi kesan besar kepada industri pelancungan. Sejak awal tahun 2020,...