Sunday, December 24, 2017

BULAN DISEMBER 2017

Lama tak update blog ni, hampir 2 bulan. Kesibukkan kekadang melupakan kita pada blog, faham je lar, blog perlukan tulisan lebih berjela - jela. Ada kalanya mudah menguruskan Facebook dan Whatsapp. Tapi ada kala, blog memainkan peranan penting dalam strategik pemasaran. Blog tempat meluahkan keseronokkan dan kedukaan.
Alhamdulillah, bulan Disember 2017, Rumah Tamu Bajet Kuantan dipenuhi sentiasa di hujung minggu dan bukan hujung minggu. Biasa bulan Disember, ada pelbagai majlis di Kuantan, dari konvo, majlis kahwin dan percutian keluarga. Kuantan juga adalah satu tempat destinasi yang menarik untuk dikunjungi. Sebenarnya, lebih menarik jika percutian dilakukan bukan dalam bulan Disember kerana pantai timur, cuaca yang tak menentu. Tapi dalam musim Tengkujuh, yang menariknya, cuaca di Kuantan agak dingin tak panas terik sangat. Nak tidur pun best, tak payah pasang air cond, dengan kipas pun dah menggigil.
Kedudukan Rumah Tamu Bajet Kuantan, berhampiran dengan Dewan Atabara, majlis kahwin banyak diadakan. Jadi tak hairan, Ryumah Tamu Bajet mendapat tempat dihati pengunjung.

Walaubagaimanapun, kualiti perkhidmatan kami, Keselesaan Pelanggan Kepuasan Kami, tetap menjadi fokus utama kami.

Yang lebih menarik yang hendak dikongsikan, pelanggan melalui Booking.Com dan AirBNB juga mula menerjah ke Rumah Tamu Bajet Kuantan, hinggakan ada pertindihan booking.

Perniagaan Rumah Tamu @ Homestay adalah bermusim. Namun bagi kami apa bulan dan musim pun, KESELESAAN PELANGGAN KEPUASAN KAMI.

Jadikan lah Rumah Tamu Bajet Kuantan, tempat persinggahan anda di Kuantan. Harga murah, Penginapan selesa.

Hubungi kami, 019-9507423 / 010-8376449  fb, Rumah Tamu Bajet Kuantan.

Azlan Rahman
Pengurus Rumah Tamu Bajet Kuantan

No comments:

Post a Comment

Rumah Tamu Bajet beroperasi kembali

Salam semua, Lama tak update blog. Masalah Covid 19, sedar tak sedar memberi kesan besar kepada industri pelancungan. Sejak awal tahun 2020,...