Sunday, November 14, 2021

Rumah Tamu Bajet beroperasi kembali

Salam semua, Lama tak update blog. Masalah Covid 19, sedar tak sedar memberi kesan besar kepada industri pelancungan. Sejak awal tahun 2020, Rumah Tamu Bajet Kuantan tidak dapat beroperasi dengan sempurna, demi memutuskan rantaian Covid 19 kami terpaksa lebih banyak menutup dari dibuka. Mulai November 2021, baru kami dapat beroperasi seperti biasa semula.

Saturday, January 12, 2019

TELUK CHEMPEDAK

Teluk Chempedak, sinonim dengan Kuantan. Jika telah ke Kuantan, mesti singgah di Teluk Chempedak, seolah - olah tidak sampai di Kuantan jika tak singgah Teluk Chempedak.
Pembangunan di Teluk Chempedak juga begitu pesat. Jika dahulunya keindahan semulajadi begitu ketara, kini, TC telah punyai Restoren makanan Barat, Melayu, Thai, Cina dan lain - lain,
Lihatlah keindahan Teluk Chempedak,








Teluk Chempedak, lokasinya hanya 20 minit dari Rumah Tamu Bajet Kuantan.

Monday, December 25, 2017

SEJARAH AIRBNB

Sejarah Singkat AIRBNB
Bermula dari ide 2 orang mahasiswa yang bernama Brian Chesky dan Joe Gebbia dari San Fransisco yang tidak mampu membayar pinjaman, mereka berencana menyewakan 3 buah matras udara dan menyajikan sarapan.
Pada tahun 2007 mereka membuat website yang bernamaairbedandbreakfast.comKemudian datanglah 3 orang pelanggan yang masing-masing membayar $ 80,  setelah para pelanggan pergi mereka berpikir kalau ini bisa menjadi ide yang hebat. Mereka mengajak temannya yang bernama Nathan Blecharczyk untuk  bergabung sebagai pembuat situs itu. Mereka tampil di SXSW (South by Southwest) dan mendapatkan 2 pesanan.
Pada tahun 2008 mereka menjual sereal Obama O’s sebelum pemilihan presiden Amerika Serikat dan berhasil menghasilkan $ 40 dari modal awal yang sebesar $30.000.
Pada tahun 2009 mereka mendapatkan sumbangan dari Paul Graham sebesar $ 20.000 dan mereka menghasilkan $ 200 per bulan namun pendapatan mereka tidak berkembang, mereka menyadari bahwa gambar dari tempat itu tidak terlalu bagus. Kemudian mereka pergi ke New York untuk memperbaharui foto dari rumah yang mereka sewakan.
Satu Minggu kemudian mereka membuat $ 400 per Minggu dan terus berkembang, mereka ditolak oleh fred Wilson yang merupakan pemberi modal dari New York. Tak lama setelah itu, seorang drummer yang bernama Barry Manilow menyewa sebuah rumah kemudian mereka mendapatkan suntikan dana sebesar $ 600.000 dari Sequoia.
Akhirnya pada tahun 2010-2011 mereka mendapat penghasilan sebesar $ 7,2 juta dan terus berkembang menjadi $ 112 juta karena mendapatkan suntikan dana dari Ashton Kutcher dan beberapa investor lainnya. Dan pada tahun 2014 mereka menghasilkan  $ 10 miliar.
Jadi kesimpulannya ada 2 orang mahasiswa yang awalnya ingin mencari cara untuk membayar hutang, lalu mendapatkan ide untuk menyewakan matras udara dan membuat sarapan, namun dianggap menguntungkan kemudian mereka mengembangkan usaha kejenjang yang lebih luas lagi, dan akhirnya mendapatkan keuntungan sebesar $ 10 miliar

NAK NIAGA KENA SABAR

Sedar - sedar dah hampir hujung tahun, maknanya dah lebih 8 bulan Rumah Tamu Bajet beroperasi. Pengalaman sikit - sikit baru ditempuhi. Membina memang sukar, itulah kesimpulan bagi tahun 2017. Dalam membina perniagaan Rumah Tamu @ Homestay, tiada yang datang sekelip mata. Nak berjaya kena berani untuk jatuh, tak untung dalam meniaga. Kalau buka rumah tamu, bulan depan kita berangan Rumah Tamu kita dikunjungi orang tak putus - putus. Eluk jangan meniaga. Setiap perniagaan ada cabaran tersendiri.

Moh tempah sekarang. Rumah Tamu Bajet Kuantan, 0199507423/ 0108376449

Sunday, December 24, 2017

BULAN DISEMBER 2017

Lama tak update blog ni, hampir 2 bulan. Kesibukkan kekadang melupakan kita pada blog, faham je lar, blog perlukan tulisan lebih berjela - jela. Ada kalanya mudah menguruskan Facebook dan Whatsapp. Tapi ada kala, blog memainkan peranan penting dalam strategik pemasaran. Blog tempat meluahkan keseronokkan dan kedukaan.
Alhamdulillah, bulan Disember 2017, Rumah Tamu Bajet Kuantan dipenuhi sentiasa di hujung minggu dan bukan hujung minggu. Biasa bulan Disember, ada pelbagai majlis di Kuantan, dari konvo, majlis kahwin dan percutian keluarga. Kuantan juga adalah satu tempat destinasi yang menarik untuk dikunjungi. Sebenarnya, lebih menarik jika percutian dilakukan bukan dalam bulan Disember kerana pantai timur, cuaca yang tak menentu. Tapi dalam musim Tengkujuh, yang menariknya, cuaca di Kuantan agak dingin tak panas terik sangat. Nak tidur pun best, tak payah pasang air cond, dengan kipas pun dah menggigil.
Kedudukan Rumah Tamu Bajet Kuantan, berhampiran dengan Dewan Atabara, majlis kahwin banyak diadakan. Jadi tak hairan, Ryumah Tamu Bajet mendapat tempat dihati pengunjung.

Walaubagaimanapun, kualiti perkhidmatan kami, Keselesaan Pelanggan Kepuasan Kami, tetap menjadi fokus utama kami.

Yang lebih menarik yang hendak dikongsikan, pelanggan melalui Booking.Com dan AirBNB juga mula menerjah ke Rumah Tamu Bajet Kuantan, hinggakan ada pertindihan booking.

Perniagaan Rumah Tamu @ Homestay adalah bermusim. Namun bagi kami apa bulan dan musim pun, KESELESAAN PELANGGAN KEPUASAN KAMI.

Jadikan lah Rumah Tamu Bajet Kuantan, tempat persinggahan anda di Kuantan. Harga murah, Penginapan selesa.

Hubungi kami, 019-9507423 / 010-8376449  fb, Rumah Tamu Bajet Kuantan.

Azlan Rahman
Pengurus Rumah Tamu Bajet Kuantan

Sunday, October 1, 2017

KOLEJ DAN UNIVERSITI BERHAMPIRAN

Mengapa Rumah Tamu Bajet Kuantan pilihan anda. Jawapannya, kerana banyak kolej - kolej dan Universiti yang berhampiran. Sesuai masa majlis konvo, ada sukan, dan pelbagai. Sesuai untuk rombongan sekolah, kemampuan menampung ramai penghuni. Sesuai juga bagi keluarga untuk menghadiri majlis konvo anak dan urusan keluarga.

1. Universiti Islam Antarabangsa Kuantan (8 minit)
2. Kolej Professional Mara Indera Mahkota (6 minit)
3. Kolej Univesrsiti Widad (5 minit)
4. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah- Polisas ( 10 minit)
5. Kolej Komuniti Kuantan (5 minit)
6. Kolej poly-Tech Mara Kuantan (15 minit)
7. Kolej Universiti Islam Pahang - KUIPSAS ( 15 minit)

Anda mendapat keselesaan, kepuasan di Rumah Tamu Bajet Kuantan.
Hubungi 019-9507423/ 010-8376449 untuk tempahan,

Thursday, September 21, 2017

SALAM MAAL HIJRAH 1439

Salam Maal Hijrah kepada semua. Maal Hijrah adalah tahun sambutan yang diambil sempena Hijrahnya Rasulullah, junjungan besar kita, Nabi akhir zaman dari Mekah ke Madinah. Selama 13 tahun berdakwah mengembangkan Islam di Mekah, sambutannya agak hambar, maka Allah telah memerintahkan Rasulullah berhijrah ke Madinah. Setelah penghijrahan tersebut, dakwah yang berlaku di Madinah telah mendapat sambutan hebat dari penduduk Madinah hinggakan Islam berkembang dengan cepat. Dari Madinah, Islam tersebar dan Kota Madinah diangkat sebagai pusat pengembangan Islam, Bandar agama Islam.
Rumah Tamu Bajet Kuantan, bermula dari bulan April 2017. Lebih 5 bulan beroperasi semenjak dibuka, sedikit pengalaman menguruskan sebuah homestay @ Rumah Tamu makin bertambah.
Rumah Tamu Bajet Kuantan, sebuah homestay bajet yang agak 'simple; namun memenuhi keperluan pelanggan. Dengan harga yang sederhana, pelanggan dapat menikmati keperluan asas dan selesa semasa menghuni Rumah Tamu Bajet Kuantan. Dengan lokasinya yang terletak di tengah Kuantan iaitu Bandar Indera Mahkota, memudahkan pelanggan untuk ke destinasi tujuan. Indera Mahkota sendiri adalah bandar baru yang sedang membangun punyai daya tarikan tersendiri. 
Di Bandar Indera Mahkota ada Taman Bandar (kawasan rekreasi), Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah, Masjid Tengku Ampuan Afzan, Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Stadium Hoki, Kompleks Wisma Belia, Kuantan Medical Centre (KMC), Kuantan Sentral Terminal (TSK), Hospital IIUM dan lain - lain. Kemudahan bank, ATM, kedai makan, KFC, McDonald, Pejabat - pejabat Kerajaan seperti JPJ, Kastam, Jabatan Pendaftaran Negara, KDN. Universiti Islam (UIA), Kolej IKIP (kampus Indera Mahkota), Kolej Universiti Widad, Kolej Professional Mara, Kolej Komuniti Kuantan dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.
Kami percaya kehadiran Rumah Tamu Bajet Kuantan adalah amat sesuai dan dapat membantu para pelanggan yang mencari rumah tamu @ homestay yang lengkap dengan harga yang bajet.
Dengan kedatangan Tahun Hijrah 1439, moga Rumah Tamu Bajet Kuantan akan lebih memberi khidmat yang terbaik untuk pelanggan. Moga Rumah Tamu Bajet Kuantan, dapat menjadi punca sumber rezeki yang halal dan berkah kepada kami.
Salam Maal Hijrah untuk semua.
Keselesaan anda, Kepuasan kami.
Hubungi 019-9507423/ 010-8376449 untuk tempahan.

Rumah Tamu Bajet beroperasi kembali

Salam semua, Lama tak update blog. Masalah Covid 19, sedar tak sedar memberi kesan besar kepada industri pelancungan. Sejak awal tahun 2020,...